Wednesday 24 Jan 2018
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • red style
  • yellow style
Perluasan Kontrak Fiqh Dalam Kerangka Sistem Takaful Kontemporari PDF Print E-mail

Kajian ini meneliti bentuk kontrak takaful kontemporari yang diaplikasikan sekarang dan kemungkinan menggabungkan kontrak tersebut dengan kontrak perlindungan klasik terhadap musibah pada zaman Rasulullah SAW. Seterusnya kajian ini akan mencadangkan bentuk kerangka baru bagi model sistem takaful kontemporari baru yang boleh dibina berasaskan kontrak-kontrak lain yang wujud dalam fiqh klasik. Kajian ini perlu dilakukan memandangkan sistem takaful yang semakin berkembang dan diterima umum dalam pasaran insurans, khususnya di dunia Islam. Secara langsung, kajian ini dapat membantu ke arah perkembangan industri ini dengan kewujudan kontrak-kontrak baru yang lebih efisien dan selari dengan sunnah berbanding kontrak sedia ada.

Secara umum, kajian kerangka model baru sebegini jarang dilakukan kerana pengkaji biasanya menumpukan kepada konsep dan amalan sebenar operasi takaful sekarang. Namun, kajian ini boleh dilakukan oleh kami berpandukan bahan-bahan kajian dan rujukan yang wujud dalam buku-buku fiqh Islam klasik dan kontemporari di samping pengalaman-pengalaman syarikat industri insurans.

Kajian ini berbentuk kualitatif dengan metod dokumentasi dan interview dalam pungutan data dengan objektif akhir menghasilkan suatu kerangka model yang baru untuk diimplimentasikan dalam sistem takaful. Adalah dijangkakan kajian ini akan menghasilkan suatu kefahaman bahawa fiqh dalam Islam adalah bersifat anjal dan kontraknya boleh diperluaskan dalam pelbagai bentuk yang bermanfaat serta membentuk kerangka-kerangka model baru dalam operasi sistem takaful.

 

Kajian di atas sedang dilakukan dengan mendapat dana FRGS Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM 30,000.00. Kajian ini dijangka tamat pada awal tahun 2012.

 

“Islam adalah suatu sistem universal yang lengkap dan mencakup seluruh aspek hidup dan kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air, pemerintahan dan rakyat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, material dan sumber daya alam, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan pemikiran, sebagaimana Islam adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih”. - Hasan al-Banna

Apakah Islam?
loader

Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

 

Latest Article