Wednesday 24 Jan 2018
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • red style
  • yellow style
Multi Level Marketing Menurut Perspektif Islam : Kajian Aplikasinya Dalam Transaksi Produk Syarikat Jualan Langsung Di Internet PDF Print E-mail

Multi Level Marketing (MLM) adalah suatu bentuk pemasaran dalam perniagaan syarikat jualan langsung yang sangat popular di dunia dan juga di Malaysia. Kajian ini akan menyentuh persoalan MLM daripada dua aspek, perspektif menurut Islam dan aplikasinya dalam transaksi produk di internet. Penekanan diberikan kepada bentuk kontrak jualan langsung dan elemen yang menyalahi sistem muamalat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah textual study (kajian teks) dan sampling dengan menjadikan empat buah syarikat jualan langsung MLM sebagai sample pematuhan syariah. Kayu ukur patuh syariah meliputi profil, yuran keahlian, produk, harga, pelan pemasaran dan panel penasihat syariah.

Pada akhir kajian ini, laporan pematuhan syariah akan dikemukakan di samping beberapa cadangan kewujudan syarikat MLM patuh syariah serta beberapa saranan yang boleh diambil tindakan oleh pihak berautoriti, syarikat pengusaha, pengedar, pengguna, para ilmuan serta orang awam supaya sistem ini selari dengan muamalat Islam.

 

Alhamdulillah research aku berkaitan MLM seperti abstrak di atas telah tamat. Research ni adalah tajaan UiTM melalui Dana Kecemerlangan mengambil masa setahun untuk disiapkan.

 

“Islam adalah suatu sistem universal yang lengkap dan mencakup seluruh aspek hidup dan kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air, pemerintahan dan rakyat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, material dan sumber daya alam, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan pemikiran, sebagaimana Islam adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih”. - Hasan al-Banna

Apakah Islam?
loader

Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syiar-syiar Islam.

 

Latest Article