Wednesday 24 Jan 2018
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • red style
  • yellow style
Metodologi Syeikh Idris al-Marbawi dalam Karya Terjemah Bulugh al-Maram : Analisa Kitab al-Taharah PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh (Pensyarah Universiti Teknologi MARA) [Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam pada  8 - 9 Disember 2009 di Hotel Casuarina, Ipoh Perak]

Karya ulamak di Alam Melayu meliputi pelbagai bentuk seperti tulisan asli, salinan tulisan orang lain, ulasan terhadap teks dan ada yang berbentuk terjemahan. Dalam karya hadith, antara ulamak besar yang mewakafkan diri untuk melakukan amal tersebut ialah Syeikh Idris al-Marbawi. Beliau yang merupakan tokoh terbilang negara telah menghasilkan pelbagai karya tersohor seperti Kamus al-Marbawi dan Bahr al-Mazi. Antara karya hadith lain yang diterjemahkan oleh beliau ialah Bulugh al-Maram. Ketika menterjemah, beberapa metodologi dan pendekatan tersendiri telah digarap untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar memberi penjelasan kepada karya asal tersebut. Justeru, kertas ini akan membicarakan metodologi yang digunakan oleh beliau ketika membuat terjemahan tersebut. Selain itu, kertas ini juga akan menyenaraikan karya hadith yang pernah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu di Nusantara. Kajian ini boleh membantu para pelajar, ahli akademik dan orang ramai untuk memahami metodologi terjemahan ulamak silam dan sebagai sumber rujukan karya terjemahan hadith. Di samping itu kita semua dalam meneliti kehebatan seorang anak Melayu dalam membedah dan menghuraikan sebuah karya agung dalam hadith, iaitu Bulugh al-Maram untuk dinikmati oleh kita semua, terutama yang tidak fasih Bahasa Arab.


METODOLOGI SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM KARYA TERJEMAH BULUGH AL-MARAM : ANALISA KITAB AL-?AHARAH

Najahudin Lateh (Pensyarah Universiti Teknologi MARA)
[Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam pada  8 - 9 Disember 2009 di Hotel Casuarina, Ipoh Perak]


Abstrak
Karya ulamak di Alam Melayu meliputi pelbagai bentuk seperti tulisan asli, salinan tulisan orang lain, ulasan terhadap teks dan ada yang berbentuk terjemahan. Dalam karya hadith, antara ulamak besar yang mewakafkan diri untuk melakukan amal tersebut ialah Syeikh Idris al-Marbawi. Beliau yang merupakan tokoh terbilang negara telah menghasilkan pelbagai karya tersohor seperti Kamus al-Marbawi dan Bahr al-Mazi. Antara karya hadith lain yang diterjemahkan oleh beliau ialah Bulugh al-Maram. Ketika menterjemah, beberapa metodologi dan pendekatan tersendiri telah digarap untuk menghasilkan sebuah karya yang benar-benar memberi penjelasan kepada karya asal tersebut. Justeru, kertas ini akan membicarakan metodologi yang digunakan oleh beliau ketika membuat terjemahan tersebut. Selain itu, kertas ini juga akan menyenaraikan karya hadith yang pernah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu di Nusantara. Kajian ini boleh membantu para pelajar, ahli akademik dan orang ramai untuk memahami metodologi terjemahan ulamak silam dan sebagai sumber rujukan karya terjemahan hadith. Di samping itu kita semua dalam meneliti kehebatan seorang anak Melayu dalam membedah dan menghuraikan sebuah karya agung dalam hadith, iaitu Bulugh al-Maram untuk dinikmati oleh kita semua, terutama yang tidak fasih Bahasa Arab.

Kata Kunci :
Hadith, idris al-marbawi, terjemahan bulugh al-maram, karya hadith melayu


PENDAHULUAN

Sebagai anak kelahiran negeri Perak, nama Syeikh Idris al-Marbawi bukan sahaja harum di negeri tersebut malah merentasi seantero Alam Melayu serta dunia Islam. Namun, biasanya pelajar ilmu Islam lebih mengenali beliau melalui kamusnya, Kamus al-Marbawi. Begitu juga pengkaji hadith lebih melihat karya agungnya, Bahr al-Madhi sebagai bukti sumbangan besarnya kepada pengajian hadith. Jarang sekali orang memberi perhatian kepada karya beliau yang lain termasuk penulisannya dalam bidang hadith. Antara karya yang jarang disebut adalah terjemahan Bulugh al-Maram atau nama penuhnya Bulugh al-Maram Serta Terjemah Melayu, iaitu sebuah karya terjemahan dan ulasan beliau terhadap kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam, karangan Ibn Hajar al-‘Asqalani (m.852H). Justeru, tulisan ini akan meneliti karya terjemahan beliau ini dengan tumpuan kepada aspek metodologi penulisannya.


KARYA TERJEMAHAN HADITH DI TANAH MELAYU

Pengajian Islam di Alam Melayu sekitar kurun ke 19 dan 20 biasanya tertumpu dalam bidang akidah, feqah dan tasawuf. Walaupun begitu, ini tidak bermaksud hadith dan ilmu berkaitan dengannya tidak dipelajar ketika itu. Pengajian hadith biasanya diajar di pusat pengajian tradisi seperti pondok dengan pembacaan dan kupasan kitab-kitab utama hadith seperti Matn al-Arbain (Al-Nawawi), Riyad al-Salihin (Al-Nawawi) dan Bulugh al-Maram (Ibn Hajar al-‘Asqalani).

Realiti ini juga berlaku dalam penghasilan karya-karya berkaitan hadith jika dibandingkan karya akidah atau feqah. Biasanya karya berkaitan hadith meliputi usaha pengarang menghimpun hadith-hadith pilihan daripada kitab utama hadith, sama ada disertai dengan ulasan atau tidak. Selain itu, usaha menterjemah karya-karya hadith sama ada disertai dengan ulasan atau tidak juga menjadi metod penulisan utama di kalangan tokoh Islam di Alam Melayu. Karya awal dalam bidang hadith yang dikesan adalah Al-Fawaid al-Bahiyyah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah oleh Syeikh Nur al-Din al-Raniri (m.1658) dan Syarh Latif ala Arba'in Hadith li al-Imam al-Nawawi oleh Syeikh Abd al-Rauf Fansuri (m.1693). Kedua-dua mereka adalah ulamak Acheh yang terkenal sekitar kurun ke-17.

Di Tanah Melayu, karya-karya terjemahan hadith juga dihasilkan oleh ramai tokoh-tokoh ulamak Islam. Karya ini ditulis dengan tulisan jawi dengan laras bahasa tradisi yang kemudiannya lebih dikenali sebagai kitab kuning. Namun, kini karya-karya tersebut ada yang telah dimurnikan dan ditukar kepada tulisan rumi atau dijadikan dalam bentuk dua edisi. Berikut adalah karya-karya hadith yang dihasilkan di Tanah Melayu dan pasca merdeka (Malaysia) yang dibahagikan kepada karya terjemahan kitab-kitab hadith tanpa ulasan serta yang diberi ulasan. Perlu disebutkan bahawa karya-karya di bawah ini tidak meliputi karya terjemahan hadith di luar Tanah Melayu seperti oleh ulamak Fatani, Acheh atau kepulauan Indonesia lain.

(a)    Karya Terjemahan Kitab Hadith Tanpa Ulasan (Syarahan)
1.    Tanbih Hidayah al-Mukhtar fi Fadl Talab al-Ilm wa Fadl Sahibih min Kalam Sayyid al-Akhyar, oleh Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fatani. Karya ini selesai dikarang pada tahun 1829 yang menterjemah hadith al-Arbain susunan al-Mundhiri.
2.    Tadhkir Qabail al-Qadi fi Tarjamah al-Bukhari, oleh Tuan Husain Kedah (m.1935). Karya ini menterjemah kitab Jawahir al-Bukhari wa Syarh al-Qastalani, oleh Syeikh Mustafa Muhammad Imarah dan diterbitkan pada tahun 1930.
3.    Sabda Utusan Ilahi, oleh Mustafa Abd al-Rahman (m.1968). Karya terjemahan 51 hadith pilihan dan diterbitkan pada tahun 1951.
4.    Pelajaran Hadis Junjungan Rasulullah, oleh Mustafa Abd al-Rahman. Karya ini diterbitkan pada tahun 1953 dengan menterjemah hadith-hadith pilihan.
5.    Pelajaran Hadis Nabawi, oleh Mustafa Abd al-Rahman. Karya ini adalah terjemahan hadith pilihan dan dicetak pada tahun 1959.
6.    Sinaran Hadis, oleh Ibrahim Azmi Hasan dan diterbitkan pada tahun 1966.
7.    Al-Adab al-Nabawi ‘Izat Balighah wa Hikam ‘Aliyyah wa Adab Samiyah, oleh Yusuf Ahmad Lubis. Karya ini diterbitkan pada tahun 1973 dengan terjemahan 100 buah hadith karangan Syeikh Muhammad Abd al-Aziz al-Khawli.
8.    Al-Ahadith al-Nabawiyah Dengan Bahasa Melayu, oleh Abu Bakar Hamzah. Karya terjemahan 17 hadith tentang prinsip asas Islam.
9.    Empat Puluh Hadith Penawar Hati, oleh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari.
10.    Terjemahan Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya’ wa al-Mursalin, oleh Hj. Zakariyya Hj. Ahmad Wan Besar. Karya terjemahan kitab Tanbih al-Ghafilin tersebut yang dikarang oleh Syeikh Nasr al-Samarqandi.

(b)    Karya Terjemahan Kitab Hadith Beserta Ulasan (Syarahan)
1.    Al-Jawhar al-Mawhub wa Munabbihat al-Qulub, oleh Wan Ali Kutan al-Kalantani. Karya yang selesai dihasilkan pada tahun 1888 ini adalah terjemahan dan ulasan kitab Lubab al-Hadith oleh Jalal al-Din al-Sayuti (m.911H).
2.    Kanz al-Amin fi Syarh al-Arba’in, oleh Hj. Mokhtar bin Ahmad Kelantani. Karya ini diterbitkan pada tahun 1938.
3.    Ilham al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, oleh Abdul Halim Hadi (m.1981). Karya ini diterbitkan pada tahun 1949.
4.    Syarh Sahih Muslim, oleh Abdul Halim Hadi. Karya ini diterbitkan pada tahun 1949.
5.    Tajdhib Atraf al-Hadith bi Syarh ma fi Kitab Mukhtar al-Hadith, oleh Abdul Halim al-Hadi. Karya yang diterbitkan pada tahun 1949 ini mengandungi 1586 hadith terjemahan dan ulasan kitab Mukhtar al-Ahadith oleh al-Sayyid Ahmad al-Hashimi (m.1943)
6.    Hadis Empat Puluh, oleh Asbirin Yaakob pada tahun 1958. Karya ini merupakan ulasan hadith Matn al-Arba’in oleh Imam al-Nawawi (m.676H).
7.    Bulugh al-Maram, oleh Syeikh Idris al-Marbawi. Karya ini diterbitkan tanpa tarikh di Kaherah dengan terjemahan serta ulasan hadith yang diletakkan di nota kaki.
8.    Bahr al-Madhi Syarh Mukhtasar Sahih al-Tirmidhi, oleh Syeikh Idris al-Marbawi. Karya ini merupakan khazanah hadith yang terbesar pernah dihasilkan di Alam Melayu yang meliputi 22 jilid. Karya ini mula diterbitkan di Kaherah sejak tahun 1933 secara berperingkat-peringkat hinggalah siap sepenuhnya pada tahun 1960.
9.    Bulugh al-Maram, oleh Ismail dan Sulaiman. Karya yang diterbitkan pada tahun 1962 ini mengandungi ulasan lebih separuh hadith kitab Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar.
10.    Hadis 40 Terjemahan dan Syarahnya, oleh Mustafa Abdul Rahman. Karya yang diterbitkan pada tahun 1966 ini mengandungi terjemahan dan ulasan hadith dalam Matn al-Arba’in oleh Imam al-Nawawi.
11.    Terjemahan Mukhtasar Ibn Abi Jamaah, oleh Mustafa Abdul Rahman dan Yusof Rawa. Karya yang diterbitkan pada tahun 1968 ini mengandungi terjemahan dan ulasan 294 hadith pilihan Sahih al-Bukhari.
12.    Arba’in li al-Nabhaniyyah, oleh Hj. Abu Bakar bin Hj. Hanafiah al-Qadi (m.1998). Karya ini ditulis di Langkawi masih dalam manuskrip mengandungi 19 halaman terjemahan dan ulasan 40 hadith himpunan al-Nabhani.

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri melalui Unit al-Quran, al-Sunnah dan Tafsir, Pusat Penyelidikan Islam telah berjaya menterjemah dan memberi ulasan beberapa karya hadith utama secara berperingkat-peringkat. Antara karya yang diterjemahkan oleh JAKIM adalah Sahih Bukhari, Riyad al-Salihin dan Bulugh al-Maram. Selain itu, JAKIM juga menghasilkan kitab Mustika Hadith dalam beberapa jilid yang merupakan kumpulan-kumpulan hadith pilihan dan disertai dengan terjemahannya.


BIODATA SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI

Nama beliau ialah Mohamed Idris bin ‘Abd al-Rauf al-Marbawi al-Azhari al-Malayuwi. Beliau dilahirkan pada tahun 28 Zulkaedah 1313H bersamaan 12 Mei 1896 di Makkah kerana keluarganya menetap di sana. Beliau digelar al-Marbawi sempena nama kampung asal keluarganya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar Perak.

Pada tahun 1913, keluarganya kembali ke Tanah Melayu dan beliau dihantar mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Atas minat terhadap ilmu-ilmu Islam, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di beberapa buah sekolah pondok seperti Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Setelah mendalami pelbagai ilmu di Tanah Melayu, Syeikh Idris al-Marbawi menyambung pelajaran beliau di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau memperoleh Ijazah 'Aliyah (Kelas Pertama) dan merupakan anak kelahiran Perak yang pertama mempelajari pengajian Islam di Mesir ketika itu di sana.

Beliau meninggalkan pelbagai sumbangan terutama melalui hasil penulisan. Antaranya ialah Kamus Arab-Malayu yang lebih dikenali sebagai Kamus al-Marbawi yang disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu mendapat sambutan hebat hingga diulang cetak berpuluh-puluh kali hinggalah menjadi rujukan ke hari ini. Salah satu karyanya yang dianggap terhebat pernah dihasilkan ialah Bahr al-Madhi iaitu sebuah karya terjemahan dan ulasan kepada ringkasan Jami’ al-Tirmidhi. Karya yang berjumlah 22 jilid ini dianggap sebagai karya terawal dan berbesar dalam tulisan jawi yang dihasilkan oleh seorang ulamak Alam Melayu hingga ke hari ini. Selain itu, beliau juga berjaya menghasilkan lenih 20 buah karya dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Antara karya beliau ialah Tafsir Surah Yaasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari dan Muslim, Asas Islam, Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah dan sebagainya.

Bagi menyanjung tinggi jasanya, kerajaan Malaysia telah menyampaikan anugerah pertama Tokoh Ma’al Hijrah 1408H dan beliau juga pernah dianugerahkan  Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Beliau meninggal dunia pada 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409H di Hospital Besar Ipoh ketika berumur 96 tahun. Jenazah beliau disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.


BULUGH AL-MARAM DAN METODOLOGI PENULISANNYA

Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam merupakan karya yang menghimpunkan hadith-hadith berkaitan hukum Islam. Pengarangnya ialah al-Imam al-Hafiz al-Hujjah Syaikh Islam Syihab al-Din Abi al-Fadl Ahmad bin Ali bin Muhammad ibn Hajar al-Kinani al-‘Asqalani al-Misri al-Syafie. Beliau lebih dikenali dengan nama Ibn Hajar al-‘Asqalani.

Ibn Hajar dilahirkan di tebing Sungai Nil, Mesir pada 16 Sya’ban 773H. Ibu beliau meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil dan ayahnya pula meninggal semasa usianya empat tahun. Beliau kemudiannya dipelihara oleh seorang saudagar bernama Zaki al-Din Abi Bakr al-Kharubi. Seawal usia lima tahun beliau telah dihantar belajar ilmu agama hingga sudah dapat menghafaz al-Quran ketika berusia sembilan tahun. Beliau kemudiannya bergerak meninggalkan kampung halaman untuk mencari ilmu ke merata tempat seperti Kaherah, Hijjaz, Damsyik, Yaman dan lain-lain. Guru beliau melebihi 450 orang, antaranya seperti al-Haithami, al-Zain al-Iraqi, Ibnu Mulqan dan lain-lain.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 150 buah kitab dalam pelbagai cabang ilmu, terutamanya dalam bidang hadith. Antara karyanya yang terkenal adalah Fath al-Bari, iaitu kitab syarah Sahih al-Bukhari. Karya lain beliau dalam bidang hadith adalah Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah (biografi Sahabat), Tahzib al-Tahzib (biografi perawi) dan Bulugh al-Maram (himpunan hadith hukum). Ibn Hajar meninggal dunia pada tahun 852H dengan meninggalkan pelbagai karyanya dalam pelbagai bidang yang sangat bernilai.

Menurut Ibn Hajar, beliau selesai mengarang kitab Bulugh al-Maram pada 11 Rabi’ al-Awwal tahun 828H. Menurut beliau dalam muqaddimah Bulugh al-Maram, karya ini adalah sebuah ringkasan yang meliputi dalil-dalil hadith bagi hukum-hukum syariah. (Ibn Hajar, 1992). Bulugh dari segi bahasa berasal daripada perkataan ‘balagha’ yang bermaksud sampai, sementara al-Maram pula bermaksud tuntutan. Sebab itulah pengarang Subul al-Salam, al-San’ani menyebutkan maksud Bulugh al-Maram adalah penuntut yang dapat mencapai atau menguasai perkara yang dituntutnya daripada dalil-dalil hukum. (Al-San’ani, 1993)

Ibn Hajar juga menyebut dalam muqaddimah karyanya ini bahawa terdapat tujuh orang sumber pengambilan hadith iaitu Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah, al-Tirmidhi dan Nasa’i (Ibn Hajar, 1992). Pengarang juga menggunakan istilah ilmu hadith bagi menggambar tokoh hadith yang menjadi sumber rujukan ini iaitu Sab’ah, al-Sittah, al-Khamsah, al-Arba’ah, al-Thalathah dan al-Muttafaq ‘Alayh. Selain itu, beliau juga menyusun beberapa hadith yang dikumpulkan oleh 42 tokoh ulamak hadith lain. Semua hadith tersebut disandarkan kepada 352 orang Sahabat yang meriwayatkannya.

Karya ini disusun berdasarkan Abwab al-Fiqh (Bab Fekah) dengan dibahagikan kepada kitab dan bab. Bilangan kitab adalah sebanyak 16 bab iaitu Kitab Taharah, Kitab Solat, Kitab Janaiz, Kitab Zakah, Kitab al-Siyam, Kitab al-Hajj, Kitab al-Buyu’, Kitab al-Nikah, Kitab al-Jinayat, Kitab al-Hudud, Kitab al-Jihad, Kitab al-At’imah, Kitab al-Ayman wa al-Nudhur, Kitab al-Qada’, Kitab al-‘Itq dan Kitab al-Jami’. Pada setiap kitab, pengarang memecahkannya kepada bab-bab tertentu yang berjumlah 97 semuanya. Justeru, hadith-hadith dalam setiap kitab dikategorikan mengikut bab-bab tertentu.

Terdapat perbezaan pendapat berkaitan bilangan hadith dalam kitab Bulugh al-Maram. Menurut Muhammad Rashad Khalifah, terdapat 1,373 buah hadith yang tidak bercampur-campur dan 131 hadith bercampur-campur dalam karya ini. (Rashad Khalifah, 1983). Abu Zahw pula berpandangan hadith dalam karya tersebut berjumlah 1,400 hadith (Abu Zahw, 1980). Perbezaan semua pendapat ini adalah kerana perbezaan kiraan bagi matan hadith yang bercampur-campur bagi hadith sesebuah hadith yang sama maksud.

Walaupun pengarang tidak menyebutkan semua rangkaian sanad, namun suatu keistimewaan karya ini adalah pengarang mencatatkan klasifikasi sanad sesebuah hadith yang dikemukakannya. Setiap sanad hadith disebutkan sama ada sahih, hasan, daif atau gabungan dua atau ketiga-tiganya jika sanadnya daripada pengumpul hadith yang berbeza.


METODOLOGI TERJEMAH BULUGH AL-MARAM

Bulugh al-Maram Serta Terjemah Melayu yang dihasilkan oleh Syeikh Idris al-Marbawi adalah karya terjemahan dan ulasan (syarah) hadith kitab Bulugh al-Maram oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani. Karya terjemahan yang berjumlah 782 halaman ini selesai dihasilkan pada hari Ahad, 17 Syawal 1383H bersamaan awal Mac 1964. Beliau mencatatkan dalam muqaddimah karya ini bahawa beliau memberi ulasan terhadap lafaz-lafaz hadith Bulugh al-Maram dengan berpandukan kitab-kitab lain seperti Subul al-Salam, syarah Sahih al-Bukhari oleh al-‘Aini, syarah Sahih Muslim oleh al-Nawawi dan beberapa syarah kitab-kitab sunan, fiqh dan bahasa. (h.?)

Namun, kertas ini hanya memuatkan analisa terhadap Kitab al-Taharah sahaja sebagai sample. Ini kerana metodologi yang digunakan oleh seseorang pengarang boleh dilihat pada bab awal. Ia sudah memadai kerana kertas ini tidak memberi tumpuan kepada analisis kuantitatif seluruh karya tersebut. Secara umum, karya Syeikh Idris al-Marbawi ini dibahagikan kepada dua, iaitu terjemahan yang diletakkan di bahagian utama halaman dan ulasan yang diletakkan di bahagian nota kaki. Justeru, metodologi penulisan karya ini akan dilihat melalui dua aspek penghasilan tersebut.

(a)    Metodologi Terjemahan

1.    Terjemahan dalam Bahasa Melayu dengan tulisan jawi.
Karya ini dihasilkan dalam Bahasa Melayu lama dalam tulisan jawi lama. Namun, struktur ayatnya masih boleh difahami. Sebagai contohnya terjemahan hadith berikut (h.7) :
) ???? ????? ???????? ??????????? ???? ???????? ????????? ( ????? ????? ??? ??? ??? ???? ????? ?????? ?? ??? ???

Namun terdapat pada beberapa tempat penulis mencatatkan tulisan rumi dan jawi bagi istilah jawi yang menimbulkan kekeliruan dari segi sebutan. Sebagai contohnya, dalam muqaddimah penulis mencatatkan :
???? ???? ?? ???????? ???? ?????? ??? ?????? ??? ???? ??? ?????  [BORONG]

Ini mungkin dibuat bagi mengelakkan sebutan pembaca sama ada ‘burung’ atau ‘borong’. Begitu juga ejaan (????) ditambah dengan [TENDANG] (h.67) bagi menggelakkan kekeliruan sama ada ‘tandang’ atau ‘tendang’.

2.    Terjemahan secara potongan-potongan daripada teks asal.
Penterjemah meletakkan teks asal bahasa Arab dalam kurungan dengan potongan-potongan kecil dan kemudian diterjemahkan satu persatu. Sebagai contohnya, terjemahan hadith berikut (h.11) :
) ????????? ????? ??????????? ????????? ( ??????? ???? ??? ??? ???? ??? ??? ????)  ???????? ?????????????? : ???????????? ?????????? (?? ?????? ??? ???? ?? ???? ????? ??? ????  )???????? ?????????? : ???????????? ??????????? ( ??? ?????? ??? ???? ?? ???? ???? ??? ????? 
Begitu juga contoh berikut (h.6) :
) ?????? ????? ??????? ???????????? ?????? ??????? ?????? ????? ????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ?????????( ??? ???????? ???? ??? ???? ?????? ??? ???? ??? ? ???? : ??? ?????? ???? ???? ??? ???? ???? ????  ) ???? ???????? ??????? ??? ??????????? ?????? ( ?????? ??? ??? ???? ???? ???????? ???? ??????

3.    Terjemahan secara harfiah (perkataan demi perkataan).
Sebagai contohnya, terjemahan hadith berikut (h.21) :
) ?????? ??????? ?????? ??????? ?????? ??? ?????? ??????? ?????????? ?????? ??????? ???????? ????????? ????? : ( ??? ???????? ???? ????? ??? ??? ???? ??? ?? ??? ???? ??? ??? ???? ???? ???? ????? ??  ) ???????? ?????????? ????????? ( ??? ????? ?? ??? ????? ????? ) ?????????? ????? ?????? ( ??? ?????????? ???? ??? ????.

4.    Terjemahan melebihi istilah asal apabila diperlukan.
Sebagai contohnya, terjemahan hadith pertama seperti berikut (h.5) :
) ???? ????? ?????????? ?????? ??????? ?????? ?????: (  ???????? ???? ???? ????? ??? ??? ???? ???? ???? ???? ??? ????? ??? ???? ??? ? ???? .
Begitu juga tambahan dalam terjemahan berikut (h.40) :
) ??????? ??????? ????????? ? ?????????? ???????????? ??????? ???????? ? ?????? ????????? (  ?????????? ???? ???? ???? ????. ??? ???????? ???? ????? ??? ??? ????. ??? ??? ??? : ????? ???? ????? ????? ?????.


(b)    Metodologi Ulasan di Nota Kaki

1.    Menjelaskan pengertian nama kitab
Sebagai contohnya, Syeikh Idris al-Marbawi ketika menjelaskan nama kitab ??????? ????????????  menyatakan seperti berikut : “??????? pada lughah : yakni bersih. Dan pada syarak menghilangkan hadath dan kotor-kotor.” (h.5)

2.    Menjelaskan maksud nama bab.
Beliau menjelaskan maksud nama bab ????? ?????????? seperti berikut : “???? itu ialah memakai air suci pada segala anggota yang empat dengan kaifiat yang tertentu.” (h.19)

3.    Menjelaskan sebab wurud (datang) hadith.
Sebagai contohnya, ketika menjelaskan kalimah ????? : “????? ertinya bangkai ikan halal dengan ittifak ulamak. Dan lain daripadanya ada khilaf, tempatnya di dalam kitab fiqh, dan hadith ini jawab atas soal Abd bin Zam’ah.” (h.5)

Sebab wurud hadith ini adalah jawapan kepada soalan daripada seorang Sahabat dari Bani Mudlij ini terdapat dalam riwayat lain daripada Imam Malik, Imam Ahmad, al-Tabarani dan lain-lain lagi. (Lihat juga al-San’ani, 1993 dan al-Sayuthi, 1984)

4.    Menyatakan makna teks hadith.
Contohnya, beliau memberi maksud “?????? : Yakni yang tenang. Dan tegah itu supaya kekal air itu suci, kerana tempat jatuh sangka najis itu dengan kencing di dalamnya.” (h. 8)

5.    Menghuraikan maksud teks hadith.
Contohnya beliau menghuraikan apa yang dimaksudkan ??? dalam kontek teks hadith :
“??? Ertinya segala yang bertompok putih. Tetapi dikehendaki pada mengambil air sembahyang ialah cahaya putih di muka orang-orang yang mengambil air sembahyang dengan sebab cahaya air sembahyang pada hari kiamat.” (h.25)

6.    Menjelaskan maksud terjemahan beliau sendiri.
Sebagai contohnya, beliau menterjemahkan perkataan haid dan pada nota kaki dijelaskan lebih lanjut terjemahan beliau, “Haid itu ialah darah yang keluar ia daripada hujung rahim perempuan.” (h.35).

7.    Menjelaskan biodata personal yang disebutkan dalam teks hadith.
Teks hadith hanya mencatatkan nama-nama personal terlibat secara umum seperti Khaulah (h.19), Fatimah binti Abi Hubaysy (h.35), Amr bin Hazm (h.40) dan Thumamah bin Uthal (h.53). Lalu, Syeikh Idris al-Marbawi menjelaskan pada nota kaki siapakah personaliti tersebut. Contohnya, dinyatakan “Khaulah ialah binti Yasar”, “Fatimah binti Abi Hubaysy : ialah isteri Abd Allah bin Jahsy, dan ialah perempuan bangsa Quraisy lagi bangsa Asad.”, “Amr bin Hazm bin Zayd al-Khazraji al-Najjari.” dan “Thumamah bin Uthal : ialah al-Hanafi penghulu bagi ahli al-Yamamah.”.

8.    Menjelaskan biodata perawi Sahabat.
Sebagai contohnya penterjemah menjelaskan Abu Said al-Khudri seperti berikut : “Abi Said al-Khudri : iaitu seorang Sahabat Nabi, namanya Said bin Malik bin Sinan bin Ubayd bangsa Ansar. Ia dan bapanya jadi Sahabat Nabi. Dan pada masa Perang Uhud ia ada kecil lagi. Kemudian daripada itu hadir ia pada segala perang Rasulullah dan ia sudah terbilang besar dan banyak hadith ia riwayatkan, dan meninggal dunia di negeri Madinah, pada tahun 93 h.” (h.6)

Syeikh Idris al-Marbawi juga menjelaskan biodata semua perawi Sahabat dan kebanyakkannya pada kitab al-Thaharah. Sahabat yang telah dijelaskan pada awal kitab tidak akan diterangkan semula. Selain Abu Said al-Khudri, Sahabat lain yang dijelaskan biodata mereka mengikut turutan Abu al-Samh, Asma’ binti Abu Bakr, ialah Abu Hurayrah, Abu Umamah al-Bahily, Abdullah bin Umar, Ibn Abbas, Abu Qatadah, Anas bin Malik, Abu Waqid al-Laythi, Ummu Salamah, Salamah bin al-Muhabbiq, Maymunah bin al-Haris, Abu Thalabah al-Khusyni, Imran bin Hušain, Amru bin Kharijah, Aisyah, Humran bin Aban, Ali bin Abi Talib, Abd Allah bin Zayd, Abd Allah bin Amr, Laqit bin Sabirah, Uthman bin Affan, al-Mughirah bin Syu’bah, Jabir bin Abdullah, Amr bin Kaab, Umar al-Khattab, Safwan bin Assal, Thauban al-Hashimi, Abu Bakrah, Ubay bin Imarah, Talq bin Ali, Busrah binti Safwan, Jabir bin Samurah, Abd Allah bin Abi Bakr, Muawiyah bin Abi Sufyan, Muaz bin Jabal, Salman al-Farisi, Abi Ayyub al-Ansary, Ibn Mas’ud, Suraqah bin Malik, Samurah bin Jundub, Ammar bin Yasir, Asma’ binti Umais, Hamnah binti Jahsy, Ummu Habibah binti Jahsy dan Ummu Atiyah.

Namun, terdapat dua orang Sahabat yang tidak disebut biodatanya dalam Kitab al-Taharah ini iaitu Huzayfah bin al-Yaman dan Bardad (Yazdad). Kedua-duanya juga tidak disebutkan dalam kitab-kitab seterusnya.

9.    Menjelaskan biodata perawi pengumpul hadith.
Sebagai contohnya ketika menjelaskan al-Hakim, Syeikh Idris menyatakan : “Al-Hakim : Ialah imam yang besar, imam yang muhaqqiq, Abu Abd Allah Muhammad bin Abd Allah al-Naysaburi yang makruf dengan panggilan Ibn al-Bay’, seorang yang mempunyai beberapa karangan yang banyak, telah mendengar ia daripada seribu guru, ialah pengarang kitab al-Mustadrak dan Tarikh al-Naysabur. Dan meninggal pada tahun 405H.” (h.7)

Selain al-Hakim, penterjemah juga telah menjelaskan biodata ringkas pengumpul hadith yang lain seperti al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa’i, Ibn Majah, Imam Ahmad, Malik, al-Syafie, Ibn Huzaimah, Ibn Abi Syaibah, al-Bayhaqi, Ibn Hibban, al-Daruqutni, al-Tabarani, Ibn Sakan, Ibn Qattan dan al-Bazzar. Setiap pengumpul hadith yang telah diterangkan biodata pada awal kitab tidak disebutkan sekali lagi pada hadith-hadith seterusnya yang lain.

10.    Menjelaskan sesuatu kadar timbangan dan ukuran.
Contohnya, beliau menjelaskan kadar secupak seperti berikut : “?? ertinya cupak ialah seperempat gantang Nabi SAW yang di negeri Madinah.” (h.24) Begitu juga penterjemah menjelaskan dua kolah : “Dan kira-kira dengan timbangan airnya hampir-hampir lima ratus kati Iraq.” (h.7)

11.    Menjelaskan nama tempat yang disebut dalam hadith.
Sebagai contohnya hadith berikut mempunyai kisah Perang Khaibar :
?????? ????? ?????? ???????? ?????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ????????? ????? ????????
Lalu pengarang menjelaskan “Khaibar itu satu tempat yang jauh dari negeri Madinah al-Rasul kira-kira delapan burd yakni 96 batu lebih kurang, di jalan pergi ke Syam dari Madinah, dan adalah Perang Khaibar itu pada tahun yang ketujuh daripada hijrah.” (h.16)

Begitu juga dijelaskan nama temapat “Sarip : Ialah satu tempat yang jauhnya enam mil dari Makkah.” (h.70)

12.    Menjelaskan istilah klasifikasi hadith.
Dalam potongan hadith disebutkan ?????????? ????????????? ?????????? . Lalu pengarang menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan hadith Muallaq tersebut seperti berikut : “????? : Maksudnya ialah barang yang digugurkan daripada awal isnadnya periwayat yang satu atau dua rawi atau lebih atas berturut-turut.” (h.20).

Begitu juga hadith mauquf pada potongan hadith ?????? ?????? ?????? ??????? ?????? – ?????????? . Beliau berkata “????? itu : Barang yang ada ia daripada seorang Sahabat Nabi, pada hal tiada dinisbahkannya kepada Nabi SAW.” (h.33)

13.    Menjelaskan rawi sanad hadith.
Contohnya hadith berikut :
?????? ????? ?????????? ?????? ??????? ?????? ????? : { ??????? ???????? : ??? ??????? ??????? ? ?????? ???? ???????? ??????? ?
Beliau menjelaskan “Khulah ialah binti Yasar. Dan pada hadith ini ada seorang rawinya bernama Abd Allah bin Lahi’ah. Dan tiada hadith baginya daripada Khulah melainkan ini hadith sahaja.” (h.19)

14.    Menjelaskan takhrij dan klasifikasi hadith-hadith yang tidak dinyatakan sumbernya.
Ini dilakukan oleh penulis pada terjemahan muqaddimah kitab, contohnya beliau mentakhrijkan hadith berikut :
???????????? ???????? ??????????????
“Ini lafaz hadith telah mengeluar akan dia oleh Ahmad, dan ahli-ahli hadith daripada seorang Sahabat Nabi namanya Abu al-Darda’, yang diangkatnya akan dia. Dan pada setengahnya ada beberapa tambahan, dan mengatakan hadith sahih akan dia oleh Ibn Hibban dan al-Hakim, dan mengatakan hasan akan dia oleh Hamzah al-Katani, dan telah mengatakan daif akan dia oleh setengah mereka itu kerana iddhirab sanadnya, tetapi ada baginya syawahid, maka kerana itu berkata Ibn Hajar : Ada baginya beberapa jalan yang diketahuikan dia bahawanya ada bagi hadith itu asal.” (h.2)

15.    Menjelaskan sebab sesebuah hadith diklasifikasikan sebagai daif oleh pengarang.
Syeikh Idris al-Marbawi juga menerangkan sebab sesuatu hadith itu dicatatkan sebagai daif pada teks asal hadith Bulugh al-Maram seperti berikut :

???? ????????? ?????? ??????? ??????? ??????? : { ????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ????????? ??????? ?????? ?????? ? ???? ?????? ???? ??????? ????? } ? ?????? ?????????
“????? : Ertinya hadith yang buruk, maka buruknya itu ialah daripada riwayat Abi Ishak daripada al-Aswad daripada Aisyah, kerana Aba Ishak tiada mendengar daripada al-Aswad, dan telah mengatakan dia sahih oleh al-Baihaqi.” (h.56). Lihat juga (al-San’ani, 1993)

Contoh lain adalah potongan hadith  ??????????? ????? ??????? diterangkan seperti berikut : “????? : Dan mendaifkan akan dia, bermula jalan daifnya ialah daripada riwayat Rusydin bin Sa’ad, maka ia ditinggalkan (matruk).” (h.6)

Begitu juga potongan hadith  ?????????? ???????? ? ??????? ??????? ? ??????? ??????  dinyatakan sebab kedaifannya. : “??? : Jalan daifnya ada padanya riwayat Abd al-Rahman bin Zayd bin Aslam serta bahawasanya ia mauquf.” (h.11)

16.    Mengkritik pandangan penulis asal tentang klasifikasi hadith dalam teks.
Dalam teks hadith berkaitan mestilah suci ketika menyentuh al-Quran, Ibn Hajar telah menyatakan hadith itu adalah ma’lul (??????? ??????? ????????? ? ?????????? ???????????? ??????? ???????? ? ?????? ?????????). Pandangan ini dikritik oleh Syeikh Idris al-Marbawi dengan katanya :
“Dan hadith ini tiada ma’lul. Maka bahawasanya telah waham padanya pengarangnya, sangkanya ia daripada riwayat Sulaiman bin Dawud al-Yamani dan ia matruk. Pada hal hadith itu daripada riwayat Sulaiman al-Khawalani dan ia thiqah. Telah memuji akan dia oleh Abu Zur’ah dan Abu Hashim dan jamaah daripada Huffaz.” (h.40).

17.    Menukilkan pandangan pengarang kitab lain.
Keluasan ilmu Syeikh Idris al-Marbawi juga terbukti dengan kemampuannya membawa pandangan pengarang kitab lain seperti menukilkan pandangan Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Taqrib berkaitan sesuatu potongan hadith seperti ?????? ?????? ?????? ?????????? .
“???: Seorang laki-laki yang tiada dinamakan, sebagaimana tersebut di dalam al-Taqrib, bagaimanapun keadaan tiada tahu nama seorang Sahabat Nabi itu tiada memberi mudarat, kerana Sahabat itu semuanya adil. (h.8)

18.    Menjelaskan hukum berdasarkan pendapat ulama dan mazhab dalam masalah fiqh.
Sebagai contohnya ketika menterjemahkan hadith berkaitan bolehkah arak dibuat cuka, beliau menjelaskan : “Arak dibuat cuka, pada mazhab Syafie dan Hanbali : Tiada harus arak dijadikan cuka. Dan tiada cuci cuka itu. Dan kata Abu Hanifah : Suci ia. Dan pada imam Malik ada tiga riwayat, yang lebih asahnya bahawa menjadikan arak itu akan cuka maka iaitu haram, maka jikalau dijadikan cuka berdosa ia serta serta suci cuka itu. Dan telah ijmak ulamak atas bahawasanya apabila berpindah arak itu menjadi  cuka dengan sendirinya suci ia.” (h.16)

19.    Menghuraikan pengajaran hadith.
Sebagai contohnya, dalam hadith berkaitan darah istihadhah, beliau menjelaskan “Pada hadith ini menunjukkan atas bahawasanya istihadhah itu tiada menegahkan sembahyang dan tiada lainnya daripada barang yang menegah akan dia oleh haid.” (h.35)

Pada hadith berkaitan berbekam, beliau menyatakan “Hadith ini menunjukkan atas bahawasanya keluar darah daripada badan lain daripada dua faraj tiada membatalkan wuduk. Maka ialah mazhab Malik dan Syafie.” (h.41)

20.    Meletakkan sumber rujukan pada hujung huraian.
Pada muqaddimah karya terjemahan ini, al-Marbawi telah mencatatkan beliau meletakkan simbol (??) bagi menunjukkan sumber rujukan dalam perkara yang diterangkan tersebut. Contohnya, pada nota kaki halaman 33, beliau meletakkan (?? . ??? ?????? ) bagi menunjukkan keterangan tersebut diambil daripada Subul al-Salam oleh al-San’ani, iaitu kitab syarah kepada Bulugh al-Maram. Begitu juga simbol (?? . ?????) menunjukkan keterangan tersebut daripada kamus Misbah al-Munir oleh Ahmad al-Fayumi.


PENUTUP

Secara umum, Syeikh Idris al-Marbawi telah memberi sumbangan yang besar dalam pengajian hadith di Alam Melayu terutamanya dalam karya terjemah Bulugh al-Maram. Karya yang menghimpunkan hadith-hadith hukum syariah ini membantu umat Islam Melayu memahami teks hadith dengan baik sebagai hujah fiqh dalam amal ibadat. Walaupun bermazhab Syafi’i, beliau tidak terlepas daripada memberi kredit dan pendapat imam mazhab yang lain. Ulasan (syarahan) yang dicatatkan di nota kaki karyanya ini banyak memberi manfaat dan ilmu kepada pembaca dan pengkaji. Keluasan ulasan membukti keluasan lautan ilmu beliau sebagai tokoh hadith di rantau kita. Mudah-mudahan karyanya ini menjadi antara rujukan utama kita dalam memahami fiqh Islam berdasarkan lidah Rasulullah SAW.


Rujukan

Abu Zahw, Muhammad bin Muhammad (1404H/1984M), Al-Hadith wa al-Muhaddithun. Beirut : Dar al-Kutub al-`Arabi.
Fauzi Deraman, (2008). Prosiding Seminar Warisan al-Quran & al-Hadith Nusantara Jilid II Pengajian al-Hadith. Dalam Fauzi Deraman, Mustaffa Abdullah & Faisal Ahmad Shah (Ed.), Pengajian Hadith di Malaysia : Satu Tinjauan (h. ii - xv). Kuala Lumpur, KL: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Al-Fayyumi, Ahmad bin Muhammad (1398H/1978M), Al-Misbah al-Munir fi Gharib al-Syarh al-Kabir li al-Rafi`i, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyah.
Ishak Hj. Sulaiman, (1999). Jurnal Usuluddin. Dalam Mohamad Kamil Abd Majid et.al (Ed.), Metodologi Penulisan Bulugh Al-Maram Sebagai Kitab Hadith Al-Ahkam (h. 1 - 20). Kuala Lumpur, KL: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
JAKIM. (1993). Bulugh al-Maram Terjemahan dan Huraian Jilid 1. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Al-Kattani, Muhammad bin Ja`far (1406H/1986M), c. 4, Al-Risalah al-Mustatrafah li Bayan Masyhur Kutub al-Sunnah al-Musyarrafah, c. 1. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyah.
Al-Marbawi, Mohamed Idris (t.t). Bulugh Al-Maram Serta Terjemah Melayu. Kaherah : Matba’ah al-Anwar al-Muhammadiyah.
Al-San’ani, Muhammad bin Ismail. (1993). Subul al-Salam Syarh Bulugh Al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Kaherah : Dar al-Hadith.
Rashad Khalifah, (1983). Madrasah al-Hadith fi Misr. Kaherah.
Shaghir, Hj. Wan Mohd. (2000). Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara Jilid 1. Kuala Lumpur : Khazanah Fathaniyah.
_________, (1995). International Seminar On Islamic Studies In South-East Asia. Kertas Kerja 31, Perkembangan Penulisan Hadith Ulama Asia Tenggara. Brunei : Universiti Brunei Darussalam.

DVD
AQSA, Al-Maktabah al-Syamilah, ver. 2.
AQSA, Maktabah al-Hadith wa Ulumuh.
Al-Sakhr, Mawsu`ah al-Hadith al-Syarif, ver. 2.

 

“Islam adalah suatu sistem universal yang lengkap dan mencakup seluruh aspek hidup dan kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air, pemerintahan dan rakyat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, material dan sumber daya alam, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan pemikiran, sebagaimana Islam adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih”. - Hasan al-Banna

Apakah Islam?
loader

Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

 

Latest Article