Wednesday 24 Jan 2018
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • red style
  • yellow style
Dr. Najahudin Lateh Personal Website..
Sistem Kewangan Islam dalam Kerangka Perundangan Negara PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh [Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Syariah & Undang-undang Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 2-3 November 2010 di USIM]

Kerangka perundangan sistem kewangan Islam di Malaysia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Sivil. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan yang membahagikan bidang kuasa negeri dan pusat telah meletakkan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes pertikaian berkaitan kewangan Islam. Perkara ini menyebabkan banyak tafsiran mahkamah sivil berkaitan kontrak dan aplikasi kewangan Islam yang bertentangan dengan prinsip syariah dan masih tertakluk dengan undang-undang Inggeris. Justeru, kajian ini akan membicarakan persoalan ini dengan memberi tumpuan kepada keputusan dan tafsiran-tafsiran mahkamah sivil dalam kes-kes kewangan dan perbankan Islam. Seterusnya, penulis akan mencadangkan beberapa pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta berkaitan untuk memperkasakan undang-undang Islam berkaitan kewangan dan peranan Mahkamah Syariah.

 

Read more...
 
Islamisasi Hotel Melalui Pendekatan Hadith Ahkam PDF Print E-mail

Oleh : Najahudin Lateh (UiTM Shah Alam) [Kertas kerja ini dibentang dalam Seminar Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan Islam 2010 yang diadakan pada 22 dan 23 Jun 2010 di Bilik Seminar iLQAM, UiTM Shah Alam]

Kertas ini menghimpun dan menganalisis hadith-hadith ahkam (hukum fiqh) berkaitan untuk menonjolkan konsep hotel dan rumah penginapan yang bercirikan Islam. Ia merangkumi gambaran reka bentuk ruang, organisasi dan pekerja serta pelanggan hotel berasaskan panduan daripada hadith-hadith Rasulullah SAW. Kertas ini lebih berbentuk cadangan atau syor tentang beberapa asas kepada pembentukan dan pengurusan sebuah hotel atau rumah penginapan Islam berpandukan neraca hadith sahih. Kertas ringkas ini dirasakan bermanfaat kepada semua pengkaji, pelajar dan pengusaha hotel, homestay, rumah tumpangan atau penginapan supaya dapat mereka bentuk atau mengubah premis sedia ada supaya selari dengan syariah.

 

Read more...
 
Pelaburan internet dibenarkan selagi patuhi syarak PDF Print E-mail

Artikel asal di Berita Harian, 27 Julai 2009, Selasa.

Pelaburan internet dibenarkan selagi patuhi syarak
Sistem muamalat Islam patut jadi panduan cari kekayaan bukan konvensional

Oleh Najahudin Lateh*

RAMAI di kalangan kita teruja dengan pelbagai promosi dan perniagaan dalam internet. Semua mahu kaya lebih-lebih lagi dengan cara mudah. Lebih cepat kaya, lebih ramai peminatnya. 'Klik dapat duit', 'Jana Pendapatan', 'Letak duit dan terima 'durian runtuh' beribu-ribu dalam akaun' dan pelbagai slogan lagi begitu mengasyikkan pelayar internet.

Read more...
 
Keupayaan berdakwah secara maya masih terhad PDF Print E-mail

Keupayaan berdakwah secara maya masih terhad

Fobia kepada teknologi, kurang tenaga jejas usaha penyampaian ilmu Islam dalam internet
Oleh : Najahudin Lateh (Artikel asal di Berita Harian, 22 November 2009)

DAKWAH adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan menghayati Islam yang dilaksanakan melalui kaedah, teknik dan pendekatan tertentu. Galakan untuk berdakwah terbuka kepada seluruh umat Islam. Begitu juga Islam sebagai agama yang fleksibel tidak mengehadkan pendakwah untuk menggunakan kaedah tertentu dalam proses dakwah. Malah, mereka digalakkan menggunakan medium terbaik sesuai pada sesuatu zaman dan tempat. Dakwah talian terus online adalah kaedah dakwah secara tidak langsung, iaitu pendakwah tidak bertemu secara fizikal dengan mad’u. Dakwah ini biasanya berlaku melalui internet ataupun komunikasi lain seperti telefon bimbit. Dakwah kaedah ini tidak mensyaratkan seorang pendakwah itu mahir dalam komunikasi atau mempunyai ilmu Islam banyak. Malah, sesiapa saja boleh menjadi pendakwah. Yang penting dalam dakwah online adalah bahan dakwah bukannya siapa yang menyiarkannya.

Read more...
 
Pengaruh Animisme di Kalangan Masyarakat Islam Suku Kaum Semoq Beri di Kampung Kuching, Taman Negara, Pahang PDF Print E-mail
Wednesday, 12 May 2010 10:20

Animisme merupakan kepercayaan terhadap kuasa roh dan makhluk halus yang dikatakan ‘belief in spiritual being’, iaitu suatu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai jiwa atau roh. Kepercayaan ini suatu yang diterima secara warisan turun-temurun nenek moyang masyarakat mereka. Fenomena alam, kedudukan geografi, hutan dan iklim mempengaruhi pegangan hidup dan pemikiran masyarakat tersebut. Pengaruh ini masih wujud di kalangan Orang Asli suku kaum Semoq Beri di Kampung Kuching, Taman Negara, Pahang walaupun mereka telah memeluk Islam kira-kira 11 tahun yang lalu. Mereka mempercayai setiap benda di alam ini seperti pokok atau batu besar mempunyai kuasa yang mesti dijaga dan dihormati. Justeru, kajian ini telah dilakukan untuk meneliti pengaruh kepercayaan tersebut dalam kehidupan mereka. Metodologi kajian lapangan dilakukan melalui temubual, obvervasi, soal selidik dan data-data pihak berautoriti seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah dianalisa untuk mendapatkan hasilnya. Setelah kajian dilakukan, para pengkaji menemui pelbagai pengaruh animisme yang wujud di kalangan masyarakat suku kaum ini, terutama dalam aspek kepercayaan alam semesta,  perubatan, perkahwinan dan kematian.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 5 of 5

“Islam adalah suatu sistem universal yang lengkap dan mencakup seluruh aspek hidup dan kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air, pemerintahan dan rakyat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, material dan sumber daya alam, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan pemikiran, sebagaimana Islam adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih”. - Hasan al-Banna

Apakah Islam?
loader

Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

 

Latest Article