Saturday 28 Jan 2012
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • default style
  • blue style
  • red style
  • yellow style
Laman Web Najahudin Lateh..
Artikelku dalam Utusan hari ni : MLM mesti menepati syariah PDF Print E-mail

MLM Perlu Selari Dengan Neraca Syariah

OLEH : NAJAHUDIN BIN LATEH

Suatu isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan melalui neraca muamalat Islam adalah berkaitan Multi Level Marketing (MLM). Ini kerana reka bentuk MLM yang boleh pada asalnya selari dengan syariah seringkali dilencongkan hingga menjadikannya suatu yang diharamkan. Ironinya, pemain MLM itu sendiri sama ada syarikat atau ejen pengedar yang membentuk dan memandu sistem pengedaran mereka menjadi tidak serasi dengan hukum Islam.

Read more...
 
Artikelku dalam Utusan : Awasi Riba dalam Pembelian Emas PDF Print E-mail

Akhir-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam dalam negara kita untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya. Situasi ini menyebabkan kadang-kadang wujud di kalangan mereka yang lupa batas-batas syariah berkaitan pembeliannya, terutama terjebak dengan amalan riba yang diharam dan dikutuk dalam Islam. Malah Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman : “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Baqarah’ : 278-279)

Read more...
 
Multi Level Marketing Menurut Perspektif Islam : Kajian Aplikasinya Dalam Transaksi Produk Syarikat Jualan Langsung Di Internet PDF Print E-mail

Multi Level Marketing (MLM) adalah suatu bentuk pemasaran dalam perniagaan syarikat jualan langsung yang sangat popular di dunia dan juga di Malaysia. Kajian ini akan menyentuh persoalan MLM daripada dua aspek, perspektif menurut Islam dan aplikasinya dalam transaksi produk di internet. Penekanan diberikan kepada bentuk kontrak jualan langsung dan elemen yang menyalahi sistem muamalat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah textual study (kajian teks) dan sampling dengan menjadikan empat buah syarikat jualan langsung MLM sebagai sample pematuhan syariah. Kayu ukur patuh syariah meliputi profil, yuran keahlian, produk, harga, pelan pemasaran dan panel penasihat syariah.

Read more...
 
Perluasan Kontrak Fiqh Dalam Kerangka Sistem Takaful Kontemporari PDF Print E-mail

Kajian ini meneliti bentuk kontrak takaful kontemporari yang diaplikasikan sekarang dan kemungkinan menggabungkan kontrak tersebut dengan kontrak perlindungan klasik terhadap musibah pada zaman Rasulullah SAW. Seterusnya kajian ini akan mencadangkan bentuk kerangka baru bagi model sistem takaful kontemporari baru yang boleh dibina berasaskan kontrak-kontrak lain yang wujud dalam fiqh klasik. Kajian ini perlu dilakukan memandangkan sistem takaful yang semakin berkembang dan diterima umum dalam pasaran insurans, khususnya di dunia Islam. Secara langsung, kajian ini dapat membantu ke arah perkembangan industri ini dengan kewujudan kontrak-kontrak baru yang lebih efisien dan selari dengan sunnah berbanding kontrak sedia ada.

Read more...
 
The Legal Framework Of The Islamic Financial System : A Study On The Cases In Malaysia PDF Print E-mail

The legal framework of the Islamic financial system in Malaysia is subjected to civil law. This is because the Federal Constitution which divides the jurisdiction of the civil and shari’ah matters is silent on whether the Shari’ah Court has the power to hear cases or disputes relating to Islamic finance. As such, numerous interpretations of the Civil Court in contractual and financial applications are given. Some of them conflict with the Shari’ah law and rather emphasise on the usage of the civil law. Henceforth, this study will be focusing on the results and interpretations of the Civil Court in cases of Islamic finance and banking. Furthermore, the authors recommend some amendments to the Constitution and relevant Acts, to strengthen the laws relating to Islamic finance and to enhance the role of the Shari’ah Court. Read the Full Article

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4
Siapakah anda?
 

Permata Hati

  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator

Menu Pilihanku


Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/najah/public_html/modules/mod_gcalendar_upcoming/tmpl/default.php on line 30

Mesej Ringkas

mlm esok selasa 18hb lps maghrib aku akan memberi kuliah di surau raudhotul firdaus, alam budiman. aku plan nak bentang konsep pemberian/derma (tabarru') dlm Islam spt wakaf, sedekah, hadiah, hibah, zakat, wasiat dll. pd ms yg sama 3 kertas kerja spt di atas akan dibentang dan dibincangkn utk mdpt respond ahli jemaah.. ketiga-tiga skim ini dirancang untuk dilaksanakan di taman aku di Alam Budiman

Jadual Bulanan

loader